Saturday, 16 August 2014

Baru tahu kita pernah bodoh.
Buta mata hati.
Kerna dulu tak pernah nampak jalan menuju Ilahi.
Allahu.
Terima kasih untuk sekarang.

*menangis dalam hati*


Thursday, 14 August 2014

Hakikat ikhtilat

HAKIKAT IKHTILAT

"Kenapa tak boleh keluar dengan lelaki ajnabi walaupun

 tak ada pegang2, tak ada sentuh2, tak buat benda tak
 senonoh, tak ada pergi tempat gelap? "Kita 
orang keluar just for fun."

Kalau tak jaga ikhtilat, iaitu pergaulan antara 

lelaki dan wanita yang bukan mahram, maka 
kita akan senang dijangkiti penyakit hati.

Bila mata suka memandang kepada ajnabi,
bila mulut suka berbual kosong dengan ajnabi,
bila telinga suka mendengar suara ajnabi,
bila tangan suka ber'chatting' dengan ajnabi,
bila kaki suka melangkah bersama ajnabi,
bila diri suka meraih perhatian ajnabi,
maka kita akan mudah jatuh hati.

Dari situ, syaitan akan mula menggerakkan

 operasi mereka untuk mengheret kita ke arah
 yang lebih dimurkai Allah iaitulah Zina.. Na'uzubillah."





Moga thabat..

Andai tiba-tiba putus asa itu hadir dalam diri , 
berhenti sejenak ..
Toleh ke belakang ,
Lihatlah betapa jauh perjalanan ,
yang kau telah susuri selama ini ..
Jalan berliku itu telah mampu kau susuri .
Bukankah itu kebanggaan buat dirimu ?
Teruskan berjalan, berhenti sejenak ,
menghela nafas dan berjalanlah semula ..
Kekuatan sebenar adalah dari semangat ,
yang tidak pernah mahu mengalah ..

Jangan bimbang ,
Destinasi impian ,
 
ada di hadapan ..
INILAH JALANKU

Wednesday, 6 August 2014

CARA BERBAIK SANGKA...



Perasaan hasad,dengki,ujub dan riyak adalah perasaan kotor yang ada di dalam hati manusia kecuali Rasulullah SAW yang telah dicuci hatinya semasa peristiwa Israk dan Mikraj.

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk