Sunday, 15 February 2015

ERTI PERSAHABATAN...
 
Dalam dunia ini, kita tidak
 punya sesiapa kecuali
diri sendiri.. tetapi dalam 
kita bersendiri, kita beruntung
kerana mempunyai seorang 
sahabat yang memahami kita.

 
Sebagaimana kita mengharapkan
 keikhlasan dan kejujuran
Seorang sahabat,begitu
juga dia.

 
Tetapi kita sering terlupa 
akan hal itu. Kita cuma
mengambil kira tentang
harapan dan perasaan kita.

 
Kita rasa dikhianati bila dia
 tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia
peluang untuk menerang keadaannya.

 
Bagi kita, itu alasannya 
untuk menutup kesilapan dan
membela diri.Kita terlupa,
kita juga pernah membiarkan
 dia ternanti-nanti....
kerana kita juga ada janji
 yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan,
 'memaksa'dia menerima alasan
kita.

 
Waktu itu, terfikirkah kita tentang
perasaannya???Seperti kita, dia juga
tahu rasa kecewa....
tetapi kita sering terlupa.

 
Untungnya mempunyai seorang 
kawan yang sentiasa di
sisi kita pada waktu
 kita memerlukan dia.

 
Dia mendengar luahan perasaan kita, 
segala rasa kecewa
dan ketakutan,
harapan dan impian kita luahkan, 
dia memberi jalan
sebagai laluan penyelesaian
masalah.
 

Selalunya kita terlalu asyik
 bercerita tentang diri
kita hingga kadang-kadang terlupa
 kawan kita juga ada cerita yang
ingin dikongsi bersama kita.

 
Pernahkah kita memberi dia 
peluang untuk menceritakan
tentang rasa bimbangnya, 
rasa takutnya?

 
Pernahkah kita menenangkan dia 
sebagaimana dia pernah
menyabarkan kita?
 
Ikhlaskah kita mendengar tentang 
kejayaan dan berita
gembiranya?
 
Mampukah kita menjadi sumber
 kekuatannya seperti mana
dia meniup semangat setiap kali 
kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia
 bahawa kita boleh
dipercayai, kita boleh dijadikan
 tempat untuk bersandar bila terasa lemah,
agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu
 untuk dia sandarkan
harapan?

Sesekali jadilah kawan yang 
mendengar dari yang hanya
bercerita.Ambillah masa untuk 
memahami hati dan perasaan kawan, 
kerana dia juga
seorang manusia;
dia juga ada rasa takut, ada rasa...
bimbang, sedih dan kecewa.
 
Dia juga ada kelemahan dan 
dia juga perlukan kawan
sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu. 
Kita selalu melihat dia
ketawa, tetapi mungkin
sebenarnya dia tidak setabah 
yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu, mungkin
banyak cerita
sedih yang ingin  diluahkan,disebalik
kesenangannya,mungkin tersimpan
seribu kekalutan,kita tidak tahu.......tetapi jika
kita cuba jadi sahabat
seperti dia,mungkin kita akan tahu.
 
Renungilah.......