Tuesday, 9 December 2014

Aku tegur sebab aku sayang

“Dah hang awat nak tegur-tegur akuuuuuuu?! 
Baik sangatlah tuuuuu…”, jerit Jemah dengan lantang.

Haaa tak ke payah kalau nak tegur kawan, lepas tu
 mula sebulan tak bertegur sapa, lunch dinner sorang-sorang. Makan nasi pun tak habiss. So, kebiasaannya ramai memilih untuk diam dari 
membuka mulut untuk menegur kesalahan si kawan.

Tapiiii.. kalau kita memang betul sayang kawan, tegurlah, 
tapi kena pandai-pandailah demi nak jaga persahabatan.
 Biasalah manusia ni ego setinggi gunung,
 walaupun dah berkawan bertahun tapi bila bab tegur memang panas je rasa. 
Susah tau, ni kena masuk bab berlapang dada plak, 
nnt panjang pulak jadinya.

Mungkin kalau masa keluar dengan kawan, 
nampak bajunya mendedahkan lengan, 
kita buat-buat tarik lengan baju dia dan cakap,
 “terdedah tangan ni, aurattt. Hihii”,
 buatlah gaya macam santai-santai gitu,
 jangan gi bagi lecture plak. Kebanyakan dari kita tahu je apa itu aurat,
 tapi kadang-kadang macam lupa kan.
 Dan tegur jangan dikhalayak ramai, saja cakap kuat-kuat bagi satu floor dengar. Isk.
 Manusia ni akan rasa lebih dihargai kalau tegur senyap-senyap personal gitu,
 jaga ayaq mukanya.

Kalau kawan free hair, ajaklah gi kedai tudung konon kita nak gi beli tudung.
 Pasti akan ada kawan yg kata “tudung ni cantik”, 
kita jawablah,
 “hang pakai mesti cantik jugokkk. Hehee. Nak? 
Aku belanjaaa”, 
haaa dalam hati, “habisss duit akuuuu”. Hahaaa. 
Apa salahnya mana tau lepas ni dia start bertudung kan.

Bab couple pulak, 
kalau dia keluaq, tanya biasa buat apa.
 Pi mana. “Korang ni nak kahwin bila? Tak baik tau berdua jee. 
Nanti dah kahwin mulalah boring dah asyik berkepit, tak gituuuu”.
 Mula-mula tunjuk concern 
(tapi kita memang kena tau perkembangan kawan baru boleh nak tolong nasihat sebagainya).
 Lepas tu, nasihat sikit-sikit. 
Nak banyak-banyak pun boleh kalau kawan jenis terima.
 Manusia ni, biasa suka couple sebab rasa ada orang sayang dan hargai dia,
 tapi kalau dia betul-betul sayang dan takut kepada Allah,
 dia tak ada masa nak couple-couple ni.
 Ini semua dunia, cinta dusta! Gituuuw. 

At least kita dah jalankan
tanggungjawab kita sbgai member..
takut nanti Allah persoalkan kita kenapa
kita xtegoq dia masa kt dunia dulu..
Allahu :'(

So bawalah dia kepada Allah. 
Ajak solat sekali, ngaji, mathurat dan sebagainya.

Tapi tu lah, keadaan bukan senang jadi gini..susah sebenaqnya..
 ia tak semudah disangka.
 Sangat sukar nak menjalankan amar makruf nahi mungkar
 kepada sahabat kita sendiri, 
takut hatinya terluka terguris atau apa-apa lagi lah kan.

Aku sayang sahabat2 aku
sebab tu aku tegur
indirectly or directly
tapi aku takut sebenaqnya nak tequq direct
moga Allah terima usaha
kita menegur sahabat kita

Sebenarnya teguran itu untuk diri kita jugak..

 Tapiiii..jangan lupa kita boleh doakan kepada sahabat kita.

Salah satu doa yang cepat dikabulkan adalah doa
 kepada saudara-saudara kita tanpa pengetahuannya. 
Abu Darda' menceritakan bahwasanya Rasulullah bersabda,
 ''Tidaklah seorang Muslim berdoa untuk saudaranya yang tidak di hadapannya,
 maka malaikat yang ditugaskan kepadanya berkata, 'Amin'.
 Dan, bagimu seperti yang kau doakan.'' (HR Muslim)


So banyak-banyaklah doa kalau nak tegur tak reti.
 Yelah kita boleh tegur sikit-sikit,
 kalau selalu kang jadi lain plak.
 InshaaAllah kalau sahabat kita ambil teguran secara positif
 dan dia willing to change,
 Allah akan permudahkan urusan dia. 
Yang penting dia nak ke tidak.
 Kalau tak nak, kita tegurlah beribu kali, apa pun tak jalannnn.





Tapi kadang-kadang, 
kita terlalu takut dan bayangkan dialog yg atas tu,
 terus tak jadi tegur.
 Padahal, bila tegur, Jemah tak memekik pun.
 Malah menitiskan air mata syahdu,
 ada sahabat yang sanggup menegurnya 
demi nak ke syurga bersama-sama. Tskkk.T.T




MOGA ALLAH BERKATI KITA SEMUA..AMIN..

Saturday, 22 November 2014

kadang-kadang

Kadang-kadang ada sesuatu perkara yang 
mengimbau kenangan lalu.
Kadang-kadang rasa inginkan 
keseronokan itu. 
Melihat diri ku sekarang.
 Tak akan mungkin kembali seperti dulu.

Kerana Allah aku berubah.
 Kerana Allah aku tinggalkan zaman itu.

Ya Tuhan,
Kadang aku tak kuat.
Hantarkan temukan satukan lah aku dengan hambaMu yang
 sentiasa akan menambahkan keimanan ku.

Monday, 10 November 2014

untuk kader dakwah

Tarbiyyah bukan untuk orang
 yang malas.
Dakwah bukan untuk orang yang takut nak
 bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat,
 sekejap down-sekejap up, cepat terasa.

Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program
 untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, 
bersusah payah elak. 
Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah
 hanya bila terasa diuji oleh tuhan.
 Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.

Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk
 mencari calon akhawat atau ikhwah 
sebagai sang isteri dan suami,

-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan
 bila dia dalam kesusahan.
 Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, 
tak share pun dengan orang lain.

-yang cepat mengalah,

-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif
 dalam diari hanya selepas ditolak
 dengan semua agenda dan
 upacara-upacara penting’ yang lain.


-yang hanya pandai cakap (dan menulis),
 tapi amal kosong


-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, 
yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.


Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’
 hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu,
 jamaah ini dan itu.

Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.
 Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak 
keluarkan duit,
 infaq di jalan Allah.


Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh
 sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.

Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, 
mesti naik motokar besar dan mewah,
 yang air-cond, dan laju.
 Yang tak
nak naik bas, public transport,
 dan yang kena berpeluh-peluh.



Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact
 dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini
 sedangkan dia kena macam boss,
 hanya tunggu information.



Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan
 dengan orang berduit dan berharta,
 yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, 
miskin, dan pakai comot.

Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika,
 kerja nak beri alasan ini dan itu.
 Penat, mengantuk, susah, banyak kerja,
 keluarga tak bagi keluar.




Tarbiyyah bukanlah segala-galanya.
 Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.


Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. 
Islam akan tetap berjaya.

Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan, Tanpa tarbiyyah,
 Tanpa dakwah Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa.
 Dakwah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.

Berbahagialah seadanya.

Saya menghitung diri. Terlalu kerap menuturkan.
 “saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..”

Adakah ini petandanya saya terlalu manja?

Ya Allah, tabahkan hamba-Mu.
 “amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya”

Renung renungkanlah~






all the best

When studying becomes a burden,
When revision is stressful,
When we feel like giving up n not study for our exams, remember these 2 verses:

1. Allah doesnt burden us with things that we cant bear.
2. Verily with every difficulty,there is relief.

InsyaAllah,we'll feel better. All the best... 


Saturday, 8 November 2014

Dialah murobbiyahku

Dialah murobbiyahku

Dikala aku kekosongan jiwa,
Dia hadir tiba-tiba,
Mengikat hatiku dengan ukhwah yang indah,
Mengenalkanku pada tarbiyah,
Membawaku kepada Allah,
Dialah murobbiyahku.

Dikala aku leka dengan dunia,
Dia mengingatkan dengan akhirat,
Dikala auratku tak dijaga,
Dia menegurku dengan hikmah,
Membawaku jauh dari jahiliyyah,
Menuju cahaya islam,
menemukanku dengan diri ini yang sebenar,
Mengajarku tentang tujuan hidup,
Dialah murobbiyahku

Dikala aku masih belum faham dakwah,
Dia menerangkan dengan berperingkat dan berkala,
agar aku tak terkejut tiba-tiba,
Mengenalkan dengan mutabaah,
Membawaku ke program yang ada,
Bertemu dengan akhwat tercinta,
Dari situ aku kenal jemaah,
Dialah murobbiyahku.

Dikala aku tidak tahu mengurus semua,
Dia mengajar segalanya,
Memperbetulkan segala kesilapan yang bermaharajalela,
Membuat strategi medan yang sempurna,
Cara membuat dan mengurus program,
Menarik hati mad’u,
Membuat halaqah yang baik,
Dialah murobbiyahku.

Dikala aku down atau futur,
Imanku meningkat dengan pengisian ruhi yang diberi,
Tingkatkan semangat dakwah tanpa henti,
Melihat dia bersemangat mentarbiyahku,
Aku juga bersemangat mentarbiyah orang lain,
Akhlaknya seperti apa yang diperkatakan,
Malu aku berhadapan,
Dialah murobbiyahku.

Dialah murobbiyahku,
Tidak tahu bagaimana membalas segala pengorbanannya,
Segala jasa baiknya,
Kerana aku adalah aku sekarang hasil didikannya,
Itu semua dengan izin Allah,
Moga kita bersama menginjak ke syurga bersama-sama,








Taujihat jiwa

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu. 

Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.


Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.


Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.


Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.


( Allahyarham KH Rahmat Abdullah )