Tarbiyyah bukan untuk orang
yang malas.
Dakwah bukan untuk orang yang takut nak
bergerak
dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan,
lari, lompat-lompat,
sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program
untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat,
bersusah payah elak.
Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah
hanya bila terasa diuji oleh tuhan.
Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.
Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk
mencari calon akhawat atau ikhwah
sebagai sang isteri dan suami,
-yang join hanya untuk meminta tolong
teman-teman pencerahan
bila dia dalam kesusahan.
Tapi kesenangan dan kelebihan
yang dia dapat,
tak share pun dengan orang lain.
-yang cepat mengalah,
-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan
tathqif
dalam diari hanya selepas ditolak
dengan semua agenda dan
upacara-upacara penting’ yang lain.
-yang hanya pandai cakap (dan menulis),
tapi
amal kosong
-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan
jamaah ini,
yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’
hanya
kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu,
jamaah ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi
tugasan last minute.
Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak
keluarkan duit,
infaq di jalan Allah.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh
sesekali
tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program
untuk ikut terlibat,
mesti naik motokar besar dan mewah,
yang air-cond, dan
laju.
Yang tak
nak naik bas, public transport,
dan yang kena
berpeluh-peluh.
Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact
dan
info dia setiap masa tentang perkembangan terkini
sedangkan dia kena macam
boss,
hanya tunggu information.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak
berkawan
dengan orang berduit dan berharta,
yang hidup mewah, dan mengelak
berkawan dengan orang susah,
miskin, dan pakai comot.
Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan
ketika,
kerja nak beri alasan ini dan itu.
Penat, mengantuk, susah, banyak
kerja,
keluarga tak bagi keluar.
Tarbiyyah bukanlah segala-galanya.
Tapi
segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini,
dakwah akan terus berjalan.
Islam akan tetap berjaya.
Ummah akan tetap terpelihara.
Cuma tanpa pencerahan, Tanpa tarbiyyah,
Tanpa
dakwah Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.
Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa.
Dakwah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.
Saya menghitung diri. Terlalu kerap menuturkan.
“saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..”
Adakah ini petandanya saya terlalu manja?
Ya Allah, tabahkan hamba-Mu.
“amanah ini bukan
hak milik, tp anugerah dr Nya”
Renung
renungkanlah~

No comments:
Post a Comment