Sunday, 25 May 2014
muhasabah
[Surah al Fajr, verses 27-30]
Just imagine Allah saying this to you on the Day of Judgement. SubhanAllah.
Friday, 23 May 2014
SENTAP LAGI MENYENTAP
Cerpen: Hatiku Tidak Terjaga
“Ei. Betul lah. Cuba tengok muka ana, serius tak?” sambil
“Akh, ana rasa ana ada masalah hatilah. Nak buat macam mana?”
“Tukarlah hati baru.”
“Hati baru? Antum ni berlawak ke?”
mengerut dahi dan menahan gelak.
“Akh, antum mesti pernah dengar kata-kata Imam al-Ghazali apa dia kan?”
"Yang mana?”
“Ha nampak! Banyak sangat hafal sampai tanya yang mana satu.. Haha.”
“Heh, terajang karang.”
“Hehe.. ok ok. Macam ni. Kenapa ana kata antum kena cari hati baru,
sebab hati lama
antum tu antum sendiri mengaku adaproblem. Benda-benda yang bermasalah ni
janganlah disimpan
lama-lama akh, jadi barah karang payah pula. Buang je jauh-jauh.
Pastu, minta hati yang baru dengan Allah. Kata Imam al-Ghazali,
“Carilah hatimu di tiga tempat:
1) ketika membaca al-Qur'an
2) ketika solat
3) ketika mengingat kematian.
Jika di tiga tempat tersebut engkau belum menemukan hatimu,
maka mohonlah kepada Allah untuk memberimu hati, sebab engkau
sedang tidak mempunyainya!”
[Imam al-Ghazali]
“Itu ana dah try dah.”
“So? Masih tak ada hati lagi?”
“Entah lah.”
“Ok akhi, baik antum cerita sikit, apa masalah yang
sebenarnya ni? Antum nak nikah ke?”
“Hehe. Lebih kurang lah.”
“Ha?! Betulkah?”
“Tidak lah. Tapi, lebih kuranglah.”
“Err.. Ana tak faham.”
+++
“Ana sebenarnya ada kenal dengan seorang budak perempuan ni. Kami..”
“Hah!! Couple?!”
“Eh. Rileks dulu. Tak habis cerita lagi..”
“Oh.. Ok ok. Teruskan bercerita.’
“Kami kenal tahun lepas. Masa pertandingan debat dekat sekola dia.
Tapi, kenal-kenal gitu je lah. Tak ada apa-apa pun. Cuma sejak
kebelakangan ni kami selalu berhubung. Itu yang ana risau ni.”
“Risau part yang mana? Debat?”
“Heh. Bukan debatlah! Ana risau sebab kami dah semakin kerap berhubung.”
“Akh, kalau antum berhubung itu atas sebab alasan yang syar’ie,
tak ada masalah. Yang jadi masalah itu apabila antum dengan dia
berhubung, mesej-mesej benda yang tidak penting. Sebab benda ni
mungkin kecil akh, tapi ianya tetap akan membuka
ruang dan peluang untuk antum berzina dengan dia. Hoho. Ekstrim
gila analogi.”
“Hmm.. kami tak couple pun. Mesej pun macam mesej dengan
member je. Gelak-gelak. Buat lawak. Tak ada pun mesej yang
jiwang-jiwang.”
“Hmm.. Ok, tak kisahlah apa yang antum buat dengan dia.
Ana nak tanya satu benda. Apa manfaatnya antum buat benda ni?”
“…”
“Adakah antum menjadi lebih beriman? Ana rasa tidak.,
sebab antum sendiri dah mengaku antum ada masalah hati.”
“Tapi, kami selalulah juga tukar-tukar mesej bagi tazkirah.
Kejutkan subuh. Solat.”
“Hah. Lagi berat ni..”
“Kenapa?”
“Antum suka kat dia?”
“Kena jawab kah soalan ni?”
“Heh. Sukalah tu. Akhi, ana harap antum dapat istighfar cepat-cepat. Mohon ampun pada Allah.”
“Ana tak faham..”
“Mohon ampun pada Allah sebab dalam hati antum sekarang ni telah wujudnya cinta yang lain selain Allah. Itu sangat bahaya, akhi..”
+++
“Akh, salahkah sukakan seorang perempuan.”
“Ana quote kata-kata Ustaz Emran je lah mudah..”
"Cinta itu tidak berdosa tetapi manusia yang bercinta
itulah yang membuat dosa jadi bezakanlah antara cinta
dan perbuatan manusia ketika bercinta. Oleh itu nasihat
saya buat mereka yang jatuh cinta atau sedang mencintai
seseorang maka jadikanlah cinta anda itu sebagai cinta
yang membuahkan pahala. Orang yang beriman apabila
mencintai seseorang maka orang yang dicintai itu
akan mendapat kebaikan daripada keimanannya!"
[Emran bin Ahmad]
“Maknanya?”
“Cinta itu fitrah, akhi. Dan Islam itu bukanlah agama yang
mengharamkan fitrah. Gila apa nak haramkan fitrah manusia.”
"Dijadikan indah pada manusia kecintaan kepada apa-apa
yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta
yang banyak dari jenis emas dan perak, kuda pilihan,
binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah
kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allah-lah
tempat kembali yang baik (syurga).”
[QS Ali ‘Imran, 3:14]
“Tapi, Islam itu turun semata-mata untuk menyempurnakan
akhlak, menetapkan sesuatu peraturan agar sesuatu yang bernilai
dan sangat berharga itu tidaklah dicemari dengan kekhilafan
serta kebodohan manusia macam kita ni.”
“…”
“Nak menyukai seorang wanita itu tidak ada masalah. Tapi,
antum kena ingat. Hidup kita ini ibadah. Cinta itu juga
ibadah. Maka ibadah kehidupan ini akan menjadi lebih indah
jika dihiaskan dengan ibadah cinta yang benar. Jadi akhi,
janganlah kita campuri i
badah yang sangat indah itu tadi dengan nilai-nilai kemaksiatan.”
“Tapi, kami tak couple..”
“Antum selalu messaging dia kan?”
“Ya.”
“Call?”
“Kadang-kadang..”
“Antum ada perasaan kat dia?”
“Sikit.”
“Sikit?? Ok, tak pe, dan dia juga seolah-oleh melakukan hal yang
sama pada antum. Betul kan?”
“Err..”
“Betulkan?”
“Ya lah kot.”
“Itu couplelah namanya.”
“Kenapa pula?”
“Dari sudut pandang ana, couple ini apabila seorang lelaki dan seorang itu berhubungan untuk hal-hal yang tidak penting atau tidak perlu. Mereka mungkin chatting, messaging macam kawan biasa, tetapi lambat laun yakinlah bahawa mereka itu nanti akan terjerumus dalam perangkap yang mungkin mereka sendiri tidak merasakan itu sebagai perangakap. Sebab perbuatan dosa dan maksiat itu sangat indah. Terutamanya apabila syaitan sudah menjadi tangan yang mengatur, bukan lagi iman yang menjadi percaturan.”
“Dan demikian Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah untuk menipu (manusia). Jikalau Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dengan apa yang mereka ada-adakan.”
[QS Al-An’am, 6:112]
“Syaitan dalam bentuk jin mahupun kawan-kawan kita ni akan sentiasa berusaha membisikkan perkataan yang indah sebagai tipuan, akhi. Dan antum tanyakan dalam diri antum sendiri. Adakah antum termasuk dalam golongan-golongan mereka yang tertipu sekarang ni.”
“…”
“Aku bukan couple, tak declare pun. Aku tak jumpa dia pun, setakat suka-suka je mesej-mesej gitu. Macam-macam lagilah alasan yang akan diilhamkan syaitan kepada kita nanti demi untuk membenarkan perbuatan yang salah itu.”
“Tapi, kami tak ada apa-apa pun.”
“Kalau benar tak ada apa-apa, maka antum kena pastikan antum benar-benar tak ada apa-apa dengan dia lagi lah lepas ni. Tak ada mesej-mesej. Tanya khabar masih boleh, tapi setakat itu sahaja. Tambahan, dia duduk kat Perlis, antum Perak. Huh, tak ada keperluan yang mendesak pun ana rasa yang boleh dibincangkan bersama. Dua-dua masih sekolah lagi tu. Nak SPM lak tu. Adeh.”
“Hmm..”
+++
“Akh, tanyakan semula pada diri antum. Siapa sebenarnya cinta dalam diri antum? Kalau benar Allah. Cuba tanyakan lagi, adakah antum dah cukup berbuat demi membuktikan cinta antum pada Dia. Kalau sudah. Tanyakan lagi, kenapa antum perlu mencintai Dia?”
“….”
“Selesaikan dahulu urusan cinta antum dengan Allah. Insya-Allah, Allah akan selesaikan urusan cinta kita di dunia ni.”
“Tapi, nanti dia kecil hati pula. Kata ana sombonglah, kolot. Atau dia nak pi bunuh diri ke nanti. Macam mana?”
“Antum nak biar dia kecil hati dengan antum, atau antum nak biar Allah yang kecil hati dengan antum? Lagi satu, akhi. Kalau benar sekalipun Islam ini agama yang kolot dan ketinggalan zaman, maka ana bangga menjadi orang yang kolot dan ketinggalan zaman. Kerana ianya agama dari Allah. Dia nak bunuh diri? Biar jelah, itu masalah dia. Jangan dia bunuh antum sudah. Hehe.”
“…”
“Hehe. Rileks.. Hisab balik diri antum. Antum kat mana sebenarnya ni? Bersihkan balik diri antum. Dekatkan semula diri antum dengan Allah.”
+++
“Ok lah akh, Islam agama yang mudah. Jadi, kalau antum benar-benar nak bercouple juga. Cuba tengok surah yang ke-24, ayat ke-32.”
“Dan nikahkanlah orang-orang yang bujang di antara kamu, dan orang-orang yang layak (bernikah) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan mampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui.”
[QS an-Nuur, 24:32]
“Alah, nikah ke?”
“Kalau tak nak nikah, antum kena tengok pula kepada surah ke-24 juga, ayat ke-30.”
“Katakanlah kepada laki-laki yang beriman. Agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.”
[QS an-Nuur, 24:30]
“Heh. Sama je..”
“Maka antum kena jaga pandangan antum. Baik pandangan lahir melalui mata. Mahupun pandangan secara halus melalui hati antum. Kalau tak nak juga, berbalik kepada step pertama tadi. Surah ke-24, ayat ke-32.”
"Beratlah, akh."
"Alah. Macam budak-budak kecil. Mujahadah lah sikit!"
"Tiada seorang Muslim yang melihat wanita lalu dia memejamkan matanya, melainkan ALLAH swt akan memberi pada rasa lezat beribadah di hatinya."
Daie’ Pondan
Daie’, pendakwah, menggelar diri pembuat kerja agama. Katanya menggerak risalah Tuhan. Tugas menyebarkan kebaikan itu bukan mudah, lihat pada seerah! Baginda nabi s.a.w orang yang paling hampir dengan Allah, orang yang doa terus mustajab, orang yang memiliki kesempurnaan akhlak pada peribadi tak kurang paras rupa yang kacak TAPI baginda Nabi Muhammad s.a.w. sampai terdengar kocakan darah pada sepatu nabi ketika perjalanan dakwah di Thaif.Allahuakbar.
kita? bagaimana? Saya ingin pesan buat sahabat-sahabat ,adik-adik penyambung rantai perjuangan, terutama diri saya sendiri jauhi dari sifat-sifat daie’ seperti berikut;
1) Pelayan tegar musik-musik jiwang, korean, jepun @ jiwang.
2) Mabuk upload gambar, habis semua benda upload di laman sosial ( FB, Instagram, Wechat, Twitter dll)
3) Kena tegur sikit, terasa , merajuk, kemudian sibuk luah di Facebook.
4) Post mengarut2 di Facebook, terutama bab kucing.
5) Imej yang selekeh, pemakaian, penampilan tak thiqah untuk dilihat sebagai kepimpinan Islam.
6) Bermanja-manja dalam gerak kerja, semua nak kena tunjuk. Malas untuk berfikir.
7) Malas dalam menuntut ilmu, sembang lebih, Quran hadis sepatah pun tak dak dalam hati.
8) Ibadat yang kurang, hubungan dengan Allah yang jauh even gerak kerja mantap, apatah lagi buat yang tak bergerak.
9) Kaki gamers. DOTA, PES, CS and so on. sesekali nak layan tu ok.
10) Akademik yang teruk, tak datang kelas, datang lewat ke kuliah.
Jauhilah perkara di atas, yang banyak menggugat hati kita yang rapuh. Sifat lembut pada seorang daie itu perlu ada. Tapi bukan seorang daie’ yang berjiwa lembut! Lemah dan lemau dalam menjalankan dakwah! Jadilah seorang daie’ yang kukuh pada terasnya, mampan pada isinya.
Adik-adik sekalian, kita perlu jelas apa yang kita ingin bawakan. Ya, Kita bukanlah sempurna , tapi harus untuk kita jadi sebaik mungkin. Bersabar dalam bergerak, bijak dalam bergerak dan full of commit and stop saying “ tu je ana mampu”. Try to push untill the limit. Semoga Allah sentiasa memberkati dan merahmati dirimu sekalian.
#jangan biarkan harimu berlalu tanpa memikirkan masalah ummat.Tapi jangan tergolong dalam masalah itu. ok!
SUMBER.. HAFFZONE
Thursday, 22 May 2014
cetusan hati dan dedikasi... :)
now tengah cuti sem.. and so many things happen to me during semester 3.. and the most important thing yang aku dapat ialah nikmat DITARBIYYAH... Susah memang susah, aku diuji dari segala sudut.. bersyukurlah kita ditarbiyah.. alhamdulillah, kawan2 aku dah mula join tarbiyyah..terima kasih Ya Allah atas nikmat ini.. aku da mula nampak peubahan setiap orang.. aku pun tengah mengikis karat2 jahiliyiah dalam diri yang mungkin sangat susah untuk dikikis.. andd i think i have to go now.. i'll write next time :)
renungan
Etika bergelar mahasiswi, saya menjadikan perpustakaan sebagai rumah kedua. Seronok mengisi masa dengan membaca. Buku Islam dan Cinta, karangan
Abdullah Nasih Ulwan menemani saya pada petang hari itu. Tiba-tiba, telefon berbunyi menandakan ada pesanan ringkas (SMS) masuk. “Saudari, Awak kelihatan sangat solehah. Sudikah awak membimbing diri saya yang jahil ini? Saya mahu berubah. Saya ikhlas dahagakan petunjuk – Classmate.” “Membimbing atau mengajak bercinta?” soal hati saya. Jika ikhlas mencari petunjuk, dia sepatutnya berjumpa ustaz, bukan berjumpa saya. Berjumpa saya hanya akan menyebabkan ruang maksiat terbuka luas. Sekalipun dia mengajak saya bernikah agar saya dapat mengubah dirinya, saya tidak jahil tabiat lelaki. Lelaki lazimnya tidak suka sekiranya seorang isteri mengubah dirinya. Sekiranya peluang membuat perubahan itu ada, ia tidak boleh dipercayai. Peluangnya tipis. Mengubah tabiat seseorang bukannya mudah. Apatah lagi sekiranya cara hidupnya terbiasa dengan alpa dan dosa sejak muda. Perlukah saya memperjudikan masa depan dengan menikahi lelaki yang tidak mampu membimbing diri sendiri? Adakah dia mampu membimbing keluarganya nanti? “Orang minta bimbingan saja. Kenapa fikir jauh sampai soal nikah?” syaitan mengejek saya. “Jika aku berani memulakan, kena fikir kesudahan. Nikah dengan lelaki sebegini atau membiarkan anggota badan berzina? Baik abaikan sahaja kedu-duanya,” saya patahkan hujah syaitan. #sekadar peringatan bersama.. : Ustazah Fatimah Syarha
Abdullah Nasih Ulwan menemani saya pada petang hari itu. Tiba-tiba, telefon berbunyi menandakan ada pesanan ringkas (SMS) masuk. “Saudari, Awak kelihatan sangat solehah. Sudikah awak membimbing diri saya yang jahil ini? Saya mahu berubah. Saya ikhlas dahagakan petunjuk – Classmate.” “Membimbing atau mengajak bercinta?” soal hati saya. Jika ikhlas mencari petunjuk, dia sepatutnya berjumpa ustaz, bukan berjumpa saya. Berjumpa saya hanya akan menyebabkan ruang maksiat terbuka luas. Sekalipun dia mengajak saya bernikah agar saya dapat mengubah dirinya, saya tidak jahil tabiat lelaki. Lelaki lazimnya tidak suka sekiranya seorang isteri mengubah dirinya. Sekiranya peluang membuat perubahan itu ada, ia tidak boleh dipercayai. Peluangnya tipis. Mengubah tabiat seseorang bukannya mudah. Apatah lagi sekiranya cara hidupnya terbiasa dengan alpa dan dosa sejak muda. Perlukah saya memperjudikan masa depan dengan menikahi lelaki yang tidak mampu membimbing diri sendiri? Adakah dia mampu membimbing keluarganya nanti? “Orang minta bimbingan saja. Kenapa fikir jauh sampai soal nikah?” syaitan mengejek saya. “Jika aku berani memulakan, kena fikir kesudahan. Nikah dengan lelaki sebegini atau membiarkan anggota badan berzina? Baik abaikan sahaja kedu-duanya,” saya patahkan hujah syaitan. #sekadar peringatan bersama.. : Ustazah Fatimah Syarha
Tuesday, 20 May 2014
Lelaki boleh jadi BFF ke?
Lelaki boleh jadi BFF ke?
Selama mana perasaan boleh ditahan andai yang ketiga selalu ada.
Selalu menggoda.
Bukankah yang ketiga pernah berjanji untuk menghancurkan anak cucu Adam?
Selalu menggoda.
Bukankah yang ketiga pernah berjanji untuk menghancurkan anak cucu Adam?
Mana mungkin yang ketiga hanya mampu berdiam melihat tingkah dua yang berbeza jantina ber’SMS’, bergayut di telefon tengah malam berjam-jam atas dasar
“Dia hanya BFF aku”
“Dia hanya BFF aku”
Sukar untuk percaya perhubungan seseorang yang berbeza jantina boleh bertahan dengan title BFF
Pasti terselit jua perasaan kasih ,cinta melebihi teman biasa lama kelamaannya.
Pasti terselit jua perasaan kasih ,cinta melebihi teman biasa lama kelamaannya.
Buat temanku yang perempuan,
Boleh berkawan, cuma jangan ada gediknya.
Boleh berkawan, tapi jangan melayan.
Boleh berkawan, cuma atas urusan.
Boleh berkawan, cuma jangan ada gediknya.
Boleh berkawan, tapi jangan melayan.
Boleh berkawan, cuma atas urusan.
Kita jadi biasa-biasa je!
P/s : ini cuma pengamatan aku dan pendapat peribadi. :)
Subscribe to:
Comments (Atom)



