Thursday, 22 May 2014

renungan

Etika bergelar mahasiswi, saya menjadikan perpustakaan sebagai rumah kedua. Seronok mengisi masa dengan membaca. Buku Islam dan Cinta, karangan



Abdullah Nasih Ulwan menemani saya pada petang hari itu. Tiba-tiba, telefon berbunyi menandakan ada pesanan ringkas (SMS) masuk. “Saudari, Awak kelihatan sangat solehah. Sudikah awak membimbing diri saya yang jahil ini? Saya mahu berubah. Saya ikhlas dahagakan petunjuk – Classmate.” “Membimbing atau mengajak bercinta?” soal hati saya. Jika ikhlas mencari petunjuk, dia sepatutnya berjumpa ustaz, bukan berjumpa saya. Berjumpa saya hanya akan menyebabkan ruang maksiat terbuka luas. Sekalipun dia mengajak saya bernikah agar saya dapat mengubah dirinya, saya tidak jahil tabiat lelaki. Lelaki lazimnya tidak suka sekiranya seorang isteri mengubah dirinya. Sekiranya peluang membuat perubahan itu ada, ia tidak boleh dipercayai. Peluangnya tipis. Mengubah tabiat seseorang bukannya mudah. Apatah lagi sekiranya cara hidupnya terbiasa dengan alpa dan dosa sejak muda. Perlukah saya memperjudikan masa depan dengan menikahi lelaki yang tidak mampu membimbing diri sendiri? Adakah dia mampu membimbing keluarganya nanti? “Orang minta bimbingan saja. Kenapa fikir jauh sampai soal nikah?” syaitan mengejek saya. “Jika aku berani memulakan, kena fikir kesudahan. Nikah dengan lelaki sebegini atau membiarkan anggota badan berzina? Baik abaikan sahaja kedu-duanya,” saya patahkan hujah syaitan. #sekadar peringatan bersama.. : Ustazah Fatimah Syarha

No comments:

Post a Comment