Monday, 20 October 2014

Jalan ini sumpah panjang......

Assalamualaikum... alhamdulillah, sekarang sudah cuti semester.. tahun kedua
 asasi uia pj.. 
Aku mahu bercerita suka duka sepanjang aku di cfs..

Bestnya Tarbiyah
Pada tahun pertama aku dan rakan2 mula sampai ke bumi cfs, kami beramai2 
menikmati keindahan ukhwah, ke’osem’an tarbiyah dengan hati yang penuh bergembira. 
Pada saat itu aku sungguh terharu melihat ramai rakan2 aku berminat dengan tarbiyah.
 “wani… aku nak usrah la, boleh x? “, terkejut aku pendengar permintaan 
rakan2 yang hendak kepada tarbiyah melalui usrah. Kami berprogram bersama2,
 rehlah dan byk lagi program2 yg kami lalui bersama.
 Aku sangat gembira melihat fenomena ini pada masa tersebut.

Ayat Yang Padu
 Mulai disentuh oleh akk2 yang sangat qowiy dari program yg lain serta mempunyai
 rakan2 yang membantu aku ketika itu untuk tertarik dengan jalan ini.

Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang 
yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya),
 maka menjadilah dari orang-orang yang sesat.
Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) 
ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; 
maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan 
lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya 
termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. 
Maka 
ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.
surah al-araf 175-176

Peh…bila dengar ayat ni memang tersentap habis aku masa tu..Aku sedar yang 
aku da tak boleh lari lagi, kalau aku lari konfem syaitan2 yang kat luar tu tunggu
 utk baham aku dan probality utk kembali ke jalan ini sangat la tipis. Syaitan power
 kot, bukan sehari dua buat kerja ni. Sudah berpuluh2 ribu mereka sudah berjaya 
menyesatkan orang dan sampai kiamat syaitan2 ini aka berusaha untuk menyesatkan 
lagi manusia untu bersama2 mereka di dalam neraka nanti.
Padu x?
Ke perlu tadabbur sama2? sapa2 yg ada quran kat tepi tu pergi la amek quran
 masing2 dan tadabbur, kalau tak faham tanya murobbi masing2 dan kalau xde

 murobbi( sape suruh tak ada,hehe) pergi la tanya ustaz2 yang berhampiran dengan anda.^^

Ramai Yang Tumbang
Sekarang ini setelah beberapa sem , rakan2 yang ramai itu sudah tiada lagi bersama dengan aku.  Mungkin aku terlalu seronok dengan angka yang ramai menyebabkan aku
 lalai menjaga rakan2 aku dan ramai yang tumbang dan tersungkur di tengah jalan ini.

Berdiam Diri
Sepanjang tempoh ini, rakan2 ku yang tumbang ini tidak pernah aku dekati
 mereka untuk bertanya mengapa tidak mahu lagi dengan bersama2 
dengan gerabak ini. Aku sentiasa mengambil langkah untuk berdiam 
diri dan meletakkan satu keyakinan yang mereka ini pasti akan kembali suatu hari nanti.
Tapi baru2 ini beberapa orang dari akhwatku yang tinggal tu ada beberapa
 yang sekarang ini sudah mula goyang dan tumbang. Aku masih lagi 
mengambil sikap untuk terus berdiam diri. Tapi aku rasa 
berdiam diri ini bukanlah jalan penyelesaiannya. Aku harus dekati 
akhwat2 ku ini utk bertanya apa masalah yang dihadapi nya sampai 
untuk keluar dari jalan ini. Tapi aku rasa lemah, tidak kuat untuk 
bertanya soalan2 ini kepada mereka.
Lemahnya aku..

Tak Ada Gaji
Kerja d&t ni kerja yang ganjarannya tidak seperti kerja2 lain. kerja d&t ni
 mmg tak nampak ganjarannya. Bahkan terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri. 
Masa diluangkan begitu banyak sekali. Hujung minggu padat jadualnya. 
Penuh dengan program tarbawi dan dakwi. 
kenapa apa aku bersusah payah ni buat kerja2 ini?

Kerana aku yakin dengan janji2 ALLAH dan tanggungjawab aku sebagai
 seorang muslim. yang mempunyai agama islam.

kalau nak tunjukkan ayat2 quran mengenai kewajipan berdakwah ini sangat 
la banyak sekali.

dimulai dengan
 surah as-saf 10-11
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu
 perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela 
dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian
 itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

surah at-taubah 38-39
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada
 kamu: 
“Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah”, kamu merasa keberatan
 (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu 
lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana 
kesenang
an hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.
Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela ugam
aNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya 
dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan 
dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha 
Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Muhasabah
Kadang2 kita rasa yang kalau kita tak ada dakwah ini tidak akan berjalan.
 Tidak!!! ALLAH akan gantikan dengan orang lain utk laksanakan kerja2 ini
 kerana dakwah tak perlukan kita, kita yang perlukan dakwah. sebab apa? rujuk as-saf 10-11 tadi.
Kadang2 kita rasa yang jikalau kita ada dalam gerabak dakwah ini, dakwah ini 
akan merosot dengan kelibatan kita, dan lebih rasa selesa dengan keluar
 dari jalan ini. Dan menyusun semula kehidupan dek rosak disebabkan dengan dakwah.
Bagaimana bisa boleh berkata sedekimian since bila kita dalam tarbiyah, kita 
yakin yang tarbiyah ini adalah penyelesaian segala2 masalah.


Masakan KITA bisa boleh cakap yang keluar dari jalan ini boleh selesaikan masalah??
Jalan ini sumpah panjang. Pakcik2 dan makcik2 di msia yang sudah lama dalam jalan
 ini pun boleh tumbang dalam pertengahan apatah lagi kita yang baru setahun jagung 
dalam jalan ini.
kenapa jalan ini begitu panjang dan banyak halangan?


Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum 
sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada
 orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan 
(kemusnahan 
harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), 
sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya:
 Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan 
Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).
Surah albaqarah ayat 214.
Satu lagi ayat yang agak padu dan jitu..

ujian kita?? ujian pelajaran, ujian masalah diri, ujian ukhwah. ini baru ujian2 
ketika masih bergelar student. Belum lagi dapat ujian2 setelah sudah berkahwin 
dan bekerja nanti.

aku melihat kawan2 aku yang meninggalkan tarbiyyah sudah mula berjinak
balik dengan RUNNING MAN, MOVIE, WAYANG, COUPLE, IKHTILAT
TAK TERJAGA, AURAT TAK DIKISAH SANGAT dan sebagainya..Pokoknya,
berbalik kepada karat jahiliyyah yang lalu..

inilah situasi yang amat menyedihkan aku.. terkadang aku menangis bersama
 akhwatku melihat sahabat kami kembali ke jalan dahulu.. :'(

sedih sangat,, apatah lagi sahabat yang rapat dengan kita..

as a conclusion

 “kalau ALLAH da tak nakkan lagi kita dalam
 jalan dakwah ini, ALLAH akan keluarkan kita dari jalan ini, atas sebab jahilyah2 kita.” peh…..

"kalau kita da tak nak lagi dengan jalan ini, memang kita berusaha memberi seribu
 alasan untuk tidak lagi berada dalam jalan ini, bahkan kita dah tau da mengenai kebenaran jalan ini"


Ya ALLAH kau lindungi lah aku dan kau tsabatkan aku dalam jalan ini, sesungguhnya
 aku manusia yang lemah dan memerlukan pertolongan mu ya ALLAH. Serta 
tidak ketinggalan akhwat ikhwah yang bersama2 berjuang dalam jalanmu ini..
Ya ALLAH aku sangat takut jikalau suatu hari nanti, kau juga mengeluarkan aku 
dari jalan ini..Aku sangat takut dengan azab api nerakamu ya ALLAH. 
Aku memohon keampunan dari mu ya ALLAH.

*yg dah keluar dari halaqah/usrah..kita doakan yang terbaik untuk mereka.. and kalau boleh tolong cari balik mana2 usrah/halaqah.. hidayah perlu dicari.. moga kita dapat gapai redha Allah sama-sama...

MOGA THABAT...
artikel ini diolah dari blog ikhwah semanis tuffah..

No comments:

Post a Comment